Pada 14 March lepas sahabat kita Azli dari Kuala Kangsar telah pun selamat berkahwin, bertambahlah rakyat Malaysia selepas ini...;P
Kenduri kahwin beliau bertemakan warna purple siap dengan DJ sebagai penghibur memeriahkan lagi majlis berkenaan. Semoga kalian berdua hidup aman damai dan dilimpahkan rezeki berpanjangan.
Thursday, April 8, 2010
MEMC Pioneer Paintball Team
Main paintball??.takut weiii!!!...Tapi untuk geng geng MEMC tiada istilah takut dalam diri.Walaupun ramai yang agak pelik bila bercerita tentang paintball,tapi bila dah try tiada lagi jalan bertaubat.
Pada awal bulan March,geng geng dari BB Shift dan CC shift menjadi group pioneer yang mencuba sukan extrem paintball.Terima kasih atas kerja keras saudara adly dari BB Shift dan saudara Wan Nazrey dari CC shift.Atas kerjasama yang baik antara mereka berdua,aktiviti ini telah berjalan dengan lancar.
Selain dari main paintball,aktiviti sampingan juga amat menarik iaitu bbq dan mandi manda.Kami berkonvoi beramai ramai ke Jahang Gopeng pada awal pagi dengan semangat yang berkobar kobar dan berdebar debar sebab masing masing baru pertama kali bermain.
Keadaan Sg Jahang yang tenang sebelum dinodai oleh geng geng MEMC
Sampai jer di Jahang,semua dok sibuk bergambar dan juga hidupkan api untuk sessi bbq.Tak kurang jugak sessi perang psikologi untuk tumpaskan musuh.Air sungai Jahang sungguh tenang mengalir sebelum dinodai oleh geng geng MEMC.Memang cantik dan nyaman suasana disini.Jejaka dari CC Shift yang dikhabarkan masih lagi solo
Dah puas bergambar barulah aktiviti utama bermula.Semua askar askar upahan dari MEMC bersiap sedia dengan peralatan dan pakaian yang ala ala askar.Perang mulut juga semakin panas antara kedua dua belah pihak.Tapi sebelum masuk perang pun masih sempat bergambar dalam keadaan gementar.
Team CC Shift dengan aksi ala ala sharp shooter
Team CC Shift dengan aksi ala ala sharp shooter
Setelah bertarung sebanyak 3 games,perlawanan dimenangi oleh CC Shift (BB Shift saja pancing nak bagi CC Shift seronok).Maka geng geng CC shift bertambah menjadi merak yang lupa diri setelah berjaya menumpaskan geng BB shift.Dan terus pertarungan repeat dirancang bulan depan untuk menebus kekalahan.
Dah abis main apa lagi semua pakat pakat serbu ayam yang dok terhidang oleh squad bbq dari CC shift.Eeerrrmmm mantap mantap gak ayam ayam depa nie.
Dah abis main apa lagi semua pakat pakat serbu ayam yang dok terhidang oleh squad bbq dari CC shift.Eeerrrmmm mantap mantap gak ayam ayam depa nie.
Ayam ayam import dari Tesco
Barisan barisan kobau balao
Memang berbaloi baloi aktiviti kali nie.Walaupun BB shift baru balik kerja malam dan CC shift akan masuk kerja malam tapi semua tue dah tak dipedulikan lagi sebab terlalu seronok.Jumpa lagi di episod bulan depan.
Selamat Datang Semua!
Subscribe to:
Posts (Atom)